energizer

PRIVASI DAN MAKLUMAT ANDA

Selamat datang ke laman web kami. Privasi dan kepercayaan anda adalah penting bagi kami. Notis privasi ini menjelaskan cara maklumat peribadi anda dikendalikan oleh laman web, aplikasi, termasuk aplikasi telefon bimbit, produk, perisian, promosi atau perkhidmatan (kami menamakannya sebagai “Perkhidmatan”) kami. Semua ini terpakai melainkan notis privasi tambahan yang berasingan disediakan.

APAKAH JENIS MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN?

Energizer mengumpulkan beberapa jenis maklumat yang terhad terus daripada anda bagi beberapa perkhidmatan, contohnya, jika anda ingin mengambil bahagian dalam promosi. Jenis maklumat yang kami kumpulkan adalah bergantung pada cara anda berinteraksi dengan kami.

Kembangkan bahagian di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN KEPADA ENERGIZER SECARA SUKARELA

Jika anda memilih untuk mengambil bahagian dalam salah satu promosi , kami, kami mungkin meminta maklumat berikut:

  • Nama anda, nama keluarga, alamat e-mel, alamat surat menyurat, nombor telefon, atau data lain yang seumpamanya

Jika anda memilih untuk membeli produkatau perkhidmatan dari laman web kami, kami mungkin meminta maklumat bayaran yang boleh terdiri daripada:

  • Nombor kad, kod sekuriti, tarikh tamat tempoh dan maklumat yang seumpamanya

Jika anda memilih untuk mengemukakan soalan atau melaporkan sesuatu isu melalui pautan HUBUNGI KAMI, kami mungkin mengutip maklumat seperti berikut:

  • Nama anda, Nama keluarga, alamat surat menyurat, alamat e-mel, nombor telefon dan maklumat lain yang seumpamanya

Jika anda memilih untukmenjadi pembekal kami, kami mungkin mengutip maklumat berikut:

  • Butiran perhubungan, lokasi dan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat anda serta maklumat yang berkaitan dengan harga, sumber dan amalan perniagaan yang lain, jika anda memohon untuk menjadi pembekal yang sah

Jika anda memilih untuk memohon pekerjaan dengan kami, kami mungkin mengutip maklumat berikut:

  • Ijazah pendidikan dan akademik
  • Lesen atau sijil yang terpakai
  • Sejarah pekerjaan terdahulu
  • ID kewarganegaraan
  • Rujukan
  • Sebarang data lain yang anda pilih untuk berikan

Jika anda diterima untuk menjalani temu duga atau mendapat pekerjaan, kami akan mengutip maklumat lain yang berkaitan daripada anda, sebagai tambahan pada maklumat yang diberikan semasa proses pengambilan pekerja dan maklumat tersebut akan menjadi sebahagian daripada rekod kakitangan anda.

MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN MELALUI LAMAN WEB & PERKHIDMATAN

Kami mengumpulkan maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan laman web kami dan Perkhidmatan lain melalui penggunaan kuki, teg pixel serta teknologi yang seumpamanya. Hal ini turut merangkumi penggunaan maklumat, sejarah pelayaran web dan maklumat tentang cara anda navigasi Perkhidmatan kami. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat peranti anda, termasuk alamat IP, lokasi, penyedia Internet, ID peranti dan sistem operasi.

Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat demografi seperti negara dan bahasa pertuturan anda, memandangkan dasar privasi kami mungkin berbeza sedikit bergantung pada negara tempat anda tinggal.

MAKLUMAT DARIPADA PIHAK KETIGA

Kami mungkin memperoleh maklumat melalui rakan kongsi, vendor, pembekal dan pihak ketiga yang lain, yang biasanya merupakan entiti korporat (walaupun sebilangannya mungkin merupakan perusahaan awam dan pendidikan) serta mungkin terletak di mana-mana lokasi kami menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, kami mengumpulkan data ini supaya dapat menyampaikan pengalaman melayari web kami dengan lebih baik Pihak ketiga ini tergolong dalam kategori berikut:

  • Syarikat pemasaran & pengiklanan
  • Rakan kongsi & platform media sosial
  • Rakan kongsi promosi

CARA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang, dalam rangkuman kepentingan kami yang sah, dan juga untuk tujuan pematuhan.

Kembangkan bahagian di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

UNTUK BERHUBUNG

Kami mungkin menggunakan maklumat perhubungan yang diberikan kepada kami melalui laman web promosi kami untuk tujuan pemberian hadiah atau cenderahati bagi promosi tersebut. Sebaik sahaja promosi tamat, kami memadamkan maklumat tersebut daripada sistem kami. Promosi mungkin termasuk notis tambahan yang memberikan lebih banyak maklumat tentang penggunaan maklumat peribadi anda dan mungkin memerlukan kebenaran anda untuk menggunakannya.

Kami mungkin menggunakan maklumat yang diberikan melalui pautan HUBUNGI KAMI untuk berhubung dengan anda tentang hal produk anda atau hal pemulangan semula.

UNTUK OPERASI PERNIAGAAN

Kami mungkin menggunakan maklumat yang diberikan untuk mengawasi penipuan atau jenayah dan mencegah, melindungi hak undang-undang kami serta menjalankan tanggungan berkontrak.

UNTUK FUNGSIAN DAN PENINGKATAN

Kami mungkin menggunakan kuki untuk menjadikan operasi laman web kami berjalan dengan lebih cekap dan memberikan maklumat analisis. Untuk maklumat lanjut, sila baca Notis Kuki Energizer.

ASAS PERUNDANGAN UNTUK KEGUNAAN KAMI (EEA Pelawat Sahaja)

Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah, asas perundangan kami untuk mengutip data dan menggunakan maklumat peribadi yang diterangkan di atas akan bergantung pada maklumat peribadi berkenaan dan konteks khusus kami mengumpulkannya.

Walau bagaimanapun, kami akan mengutip maklumat peribadi daripada anda hanya apabila kami menerima kebenaran anda untuk melakukannya, apabila kami memerlukan maklumat peribadi untuk mengikat kontrak dengan anda, yang mana kami mempunyai tanggungan undang-undang untuk melakukannya atau apabila pemprosesan maklumat merupakan kepentingan kami yang sah (seperti pemprosesan untuk tujuan pentadbiran, mencegah penipuan atau mencegah perbuatan jenayah dan sebagai sokongan terhadap keselamatan maklumat) serta tidak bertindih dengan kepentingan perlindungan data atau asas hak dan kebebasan.

Jika kami meminta anda untuk memberikan maklumat peribadi untuk tujuan pematuhan keperluan undang-undang atau untuk mengikat kontrak dengan anda, kami akan menjelaskan perkara ini pada masa pengutipan data. Kami juga akan memberitahu anda sama ada keperluan untuk maklumat tersebut adalah mandatori dan menjelaskan sebarang akibat jika anda tidak memberikan maklumat tersebut.

Begitu juga, jika kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda berdasarkan kepentingan kami yang sah (atau kepada mana-mana pihak ketiga), kami akan mengambil langkah yang wajar untuk memberikan notis yang jelas serta menerangkan kepentingan kami yang sah.

Energizer Holdings merupakan Pengawal Data untuk semua maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam EEA, melainkan dasar tambahan menyatakan sebaliknya.

Jika anda mempunyai soalan tentang atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan asas perundangan untuk mana-mana aktiviti pemprosesan yang khusus atau perlu menghubungi Pengawal Data, sila hubungi kami di PRIVACY@ ENERGIZER.COM.

CARA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT

Kami bekerja menerusi syarikat bersekutu kami untuk memberikan Perkhidmatan. Kami juga bekerjasama dengan pembekal yang sah dan rakan kongsi perniagaan (“Rakan Kongsi”). Apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan Rakan Kongsi kami, kami mengambil langkah-langkah yang sesuai, biasanya merupakan langkah-langkah berkontrak, untuk mengehadkan penggunaan maklumat anda hanya bagi tujuan perundangan dan yang sah, sejajar dengan Notis Privasi, serta langkah-langkah keselamatan dan sulit yang sesuai.

Energizer tidak berkongsi atau menjual sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami melalui laman web untuk sebarang penggunaan berasingan oleh mana-mana pihak ketiga. Dari semasa ke semasa, kami mungkin memberikan maklumat agregat (statistik) tentang pelanggan kami, jualan, corak trafik dalam talian dan maklumat berkaitan kepada pihak ketiga yang bereputasi baik untuk membantu kami mempertingkatkan Perkhidmatan. Statistik ini tidak merangkumi mana-mana maklumat yang dikenal pasti secara peribadi.

Kami berkongsi maklumat dengan pihak ketiga apabila diperlukan oleh undang-undang atau untuk merespons terhadap proses undang-undang, untuk melindungi pelanggan kami, untuk melindungi nyawa; untuk mengekalkan keselamatan perkhidmatan kami dan bagi melindungi hak undang-undang kami.

Kembangkan bahagian di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut

DENGAN SYARIKAT BERSEKUTU & ANAK SYARIKAT

Kami mungkin berkongsi mana-mana maklumat yang anda berikan kepada kami, termasuk maklumat peribadi, dengan entiti bersekutu dan anak syarikat kami di seluruh dunia. Entiti tersebut mungkin berada di negara yang berbeza daripada anda, dan mungkin mempunyai standard privasi yang berbeza malah mungkin lebih rendah daripada standard privasi yang terdapat di negara asal anda.

DENGAN PIHAK KETIGA

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi atau menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan selain untuk memberikan perkhidmatan kepada kami. Kami berkongsi maklumat anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam Notis Privasi ini, dengan penerima pihak ketiga seperti kategori yang berikut:

  • Pihak ketiga yang membantu kami menyempurnakan pesanan atau untuk mengurus pertanyaan atau kekhuatiran tentang produk
  • Pihak ketiga yang membantu kami dengan pengambilan dan pelantikan kakitangan
  • Pihak ketiga yang membantu kami mentadbir laman web, tawaran dan promosi

JUALAN, PENGGABUNGAN & PENGAMBILALIHAN

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi sebagai sebahagian daripada transaksi korporat yang sebenar atau yang dipertimbangkan seperti penyusunan semula, penggabungan, jualan, usaha sama, penyerahan, pemindahan atau pelupusan lain untuk semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau saham (termasuk hal berkaitan kebankrapan atau prosiding yang serupa).

PEMINDAHAN DATA PERIBADI KE LUAR NEGARA

Energizer merupakan sebuah organisasi global dan maklumat peribadi anda mungkin disimpan atau diproses di luar negara asal anda, termasuk negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan maklumat peribadi yang sama seperti negara asal anda. Kami mengaturkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan bahawa apabila maklumat peribadi anda dipindahkan ke luar negara, maklumat tersebut tertakluk pada perlindungan yang sesuai mengikut undang-undang perlindungan data (merangkumi Perkara 44 hingga 50 Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah (EU General Data Protection Regulation) atau GDPR).

Sering kali, hal ini meliputi perlindungan berkontrak, sehinggakan setiap pihak yang menerima data yang dipindahkan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data anda adalah selamat dan dilindungi, dan tidak menggunakannya untuk tujuan selain yang ditetapkan oleh Energizer.

Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang amalan pemindahan data kami atau ingin memperoleh salinan mana-mana langkah keselamatan yang berkaitan atau maklumat tentang negara tempat kami memproses data peribadi, sila hubungi PRIVACY@ENERGIZER.COM.

HAK & PILIHAN ANDA

Energizer menghormati hak anda tentang cara maklumat peribadi anda diguna dan dikongsi. Anda boleh memohon akses kepada data peribadi anda atau memohon pembetulan terhadap data peribadi anda. Jika anda berada di EU, anda boleh mempunyai hak tambahan di bawah GDPR.

Kembangkan bahagian di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

AKSES, PEMBETULAN, ATAU PENGHAPUSAN MAKLUMAT ANDA

Jika anda ingin membetulkan atau mengemaskinikan maklumat peribadi anda, atau memohon untuk penghapusan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di PRIVACY@ENERGIZER.COM

Harap maklum bahawa kami bertanggungjawab untuk mengesahkan identiti anda sebelum kami memberikan maklumat peribadi. Jika anda memohon perubahan atau penghapusan maklumat peribadi anda, harap maklum bahawa kami mungkin perlu mengekalkan maklumat tertentu untuk tujuan penyimpanan rekod dan/atau untuk melengkapkan mana-mana transaksi yang anda mulakan sebelum permohonan perubahan atau penghapusan tersebut. Beberapa maklumat anda juga mungkin kekal berada dalam sistem kami dan rekod-rekod lain yang diperlukan untuk pematuhan terhadap undang-undang.

HAK PRIVASI DATA TAMBAHAN

Anda boleh mempunyai hak tambahan di bawah EU GDPR dan undang-undang negara lain yang tertentu. Contohnya, jika anda berada di di EEA, anda boleh memohon:

  • Tujuan pemprosesan
  • Kategori bagi data peribadi yang berkenaan
  • Pihak lain selain Energizer yang mungkin telah menerima data daripada kami
  • Sumber asal maklumat tersebut jika anda tidak memberikannya kepada kami secara langsung
  • Jangka masa maklumat akan disimpan

Di kebanyakan negara, anda berhak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa privasi data yang sesuai, jika anda mempunyai kekhuatiran tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda.

MAKLUMAT BERKAITAN PRIVASI YANG LAIN

Di bawah ini merupakan maklumat tambahan yang penting untuk anda ketahui, seperti tentang cara kami memberitahu perubahan pada notis ini, amalan pengekalan data kami, cara kami mengendalikan maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur dan keselamatan maklumat.

Kembangkan bahagian di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

KESELAMATAN

Keselamatan maklumat anda adalah penting bagi kami. Apabila kami memproses data anda, kami menggunakan langkah-langkah keselamatan organisasi dan teknikal, pentadbiran yang sesuai serta wajar, untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada risiko seperti kehilangan sementara atau kekal, kemusnahan atau akses, pengubahan, penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang.

Pembekal dan rakan kongsi kami dikehendaki untuk melaksanakan perlindungan yang serupa apabila mengakses atau menggunakan maklumat peribadi yang kami kongsi dengan mereka. Namun, tiada teknologi, penghantaran data atau sistem yang 100% selamat. Jika anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat, sila maklumkan kami dengan segera di PRIVACY@ENERGIZER.COM.

MAKLUMAT PERIBADI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR

Kami mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak di Amerika dan undang-undang yang seumpamanyaa di seluruh dunia, yang terpakai untuk Perkhidmatan Energizer. Kami tidak akan mengutip maklumat peribadi daripada kanak-kanak bawah umur secara sedar tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah. Jika anda mempercayai bahawa kami mungkin telah mengutip maklumat peribadi daripada kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran yang diperlukan, sila maklumkan kami diPRIVACY@ENERGIZER.COM

PENGEKALAN MAKLUMAT

Kami mengekalkan maklumat peribadi anda untuk suatu tempoh yang sesuai bagi: untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta daripada kami, sepertimana yang dikehendaki untuk mematuhi kewajipan undang-undang (misalnya, untuk mematuhi keperluan pengekalan rekod mandatori atau keperluan perintah pemeliharaan), seperti yang dipersetujui dalam borang kebenaran, untuk menyelesaikan pertikaian, dan dengan cara lain memenuhi tujuan, hak dan tanggungan yang digariskan dalam Notis Privasi ini.

Tempoh pengekalan boleh berbeza dengan ketara berdasarkan jenis maklumat dan cara maklumat tersebut digunakan. Tempoh pengekalan kami adalah berdasarkan kriteria yang merangkumi tempoh pengekalan mengikut mandat undang-undang, litigasi berpotensi atau belum selesai, hak harta intelektual atau hak pemilikan kami, keperluan kontrak, keperluan atau arahan pengendalian, dan pengarkiban sejarah.

PERKHIDMATAN & LAMAN WEB PIHAK KETIGA

Notis Privasi ini bukan untuk menangani masalah, dan kami tidak bertanggungjawab untuk dasar serta amalan pihak ketiga atau organisasi lain yang tidak beroperasi bagi pihak kami, termasuk dasar dan amalan yang berkaitan dengan privasi dan keselamatan, pengumpulan data, kegunaan memproses, penyimpanan dan pendedahan. Perkara ini merangkumi:

  • mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web atau mana-mana perkhidmatan yang terpaut dengan laman web ini
  • mana-mana pemaju aplikasi, penyedia aplikasi, penyedia platform media sosial, penyedia sistem operasi, penyedia perkhidmatan tanpa wayar atau pengilang peranti, termasuklah sebarang maklumat yang anda dedahkan kepada organisasi berkenan melalui atau yang berkaitan dengan Perkhidmatan, aplikasi atau halaman media sosial Energizer.

PERUBAHAN PADA NOTIS INI

Kami mungkin mengubah Notis Privasi ini dari semasa ke semasa agar notis ini menggambarkan secara tepat amalan kami, Perkhidmatan dan tersusun mengikut keperluan undang-undang. Tarikh Terakhir Disemak Semula di bahagian atas Notis ini menyatakan kali terakhir Notis ini dipinda dan kami mengemaskinikan tarikh ini setiap kali semakan disiarkan.

Sebarang perubahan pada Notis Privasi ini akan berkuat kuasa sebaik sahaja kami menyiarkan perubahan tersebut di laman web kami. Anda digalakkan untuk menyemak semula dengan kerap agar sentiasa maklum tentang sebarang maklumat kemas kini Notis kami.